Untuk awak,
yang telah membuka pintu hati dan berada di situ selama lebih kurang 2 tahun, sama-sama mengenali lebih kurang 5 tahun..
Di mana hubungannya ada, tetapi disulami dengan airmata, kekerasan hati, kekecewaan, penipuan..
Bagaimana hubungan itu mampu bertahan?
Penipuan yang terjadi bukannya dari aku..sebaliknya dari engkau..
Sayang, engkau tidak mahu mengakui salahmu..
Laman sosial engkau membuka seribu satu rahsia..
Ketika aku membuka secara senyap-senyap..
Bukan seorang, tetapi ramai...terlampau ramai gadis yang kau ucapkan sayang..sepertimana kau ucapkan kepada aku...Adakah aku salah seorang daripada mereka yang engkau jadikan mainan. Yang engkau cari bila mahu...
Stu nama yang menyentap tangkai hatiku..
Tengku Hani tidak mungkin aku lupakan..
Bilamana ada seseorang menanyakan engkau bertanyakan tentang kesahihan hubungan engkau dan Tengku Hani...
Aku begitu bodoh kerana mempercayai engkau..
Korbankan segalanya untuk engkau,
Ternyata semuanya tidak berpihak kepada aku yang sentiasa setia..
Salah aku mungkin kerana terlalu setia sehinggakan tidak memberi ruang kepada orang lain...
Salahku juga kerana terlalu cepat mempercayai bahawa engkaulah yang akan menjadi raja hati ini..
Salah aku juga mungkin kerana mengharapkan engkau untuk menjadi imam kepada solat aku, pembimbing aku ke jalan yang lurus dan suami serta bapa kepada anak-anakku.
Apa yang aku dapat sebenarnya daripada perhubungan ini,
hanya sakit hati, airmata dan penghinaan serta makian dari engkau,
di saat aku menyanjung engkau,
engkau telah memburukkan aku dengan makian serta cacian engkau...
Hancur hati aku..hancur......
HANCUR............
